Tuesday, 8 November 2016

FORMAT SURAT TERIMA TAWARAN KERJA

Ini contoh surat terima tawaran kerja.


FORMAT DAN ITEM SURAT TAWARAN PEKERJAAN

Logo (Nama dan Alamat Syarikat)
_____________________ ,
_____________________ ,
___________.

_____________________________________________________________________________

(Tarikh)

Nama dan Alamat Penerima
_____________________
_____________________ , 
_____________________ ,
_________.

Tuan / Puan,

PER : SURAT TAWARAN PEKERJAAN

Merujuk perkara di atas, dengan sukacita syarikat kami ingin menawarkan jawatan sebagai _________ kepada tuan/puan. Kami percaya bahawa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman anda akan menjadi antara aset kami yang paling berharga dan kehadiran anda ke dalam organisasi ini amat dialu-alukan. Anda dikehendaki mendaftar di syarikat kami pada _________ dengan melengkapkan borang penerimaan tawaran yang dilampirkan.

Terma serta syarat-syarat tawaran adalah seperti yang termaktub di bawah:
      1. Tempoh Bekerja 
          Tempoh bekerja adalah tetap, anda akan melalui tempoh percubaan (probation) selama sebulan.

      2. Gaji dan Elaun
          Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM__ sebulan untuk tempoh pervubaan dan RM__
          sebulan selepas tempoh percubaan. Anda juga akan diberikan elaun kedatangan sebanyak 
          RM__ sebulan. Sebarang kenaikan atau percubaan gaji (jika perlu), akan dibincangkan 
          bersama dengan pihak pengurusan syarikat.

      3. Potongan KWSP dan SOCSO
          Poyongan KWSP dan SOCSO akan dilakukan selepas ttamat tempoh percubaan.

      4. Cuti Tahunan
          Anda diberikan cuti tahunan sebanyak 30 hari setahun yang diberikan secara pukul rata 
          (prorated). permohonan cuti hendaklah dilakukan 2 minggu lebih awal.

      5. Hari dan Waktu Bekerja
          Hari dan waktu bekerja adalah sepertimana yang telah dipersetujui antara anda dengan syarikat.
          Sebarang perubahan dalam hari dan waktu bekerja (jika ada), dimaklumkan kepad anda.

      6. Tugas dan Tanggungjawab
          Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak 
          pengurusan. Sebarang perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa ke 
          semasa. Kami yakin anda akan mampu menggalas tugas yang diberikan. Walau 
          bagaimanapun, jika anda menghadapi sebarang kesulitan, anda dialu-alukan merujuk kepada 
          piak pengurusan.

      7. Penamatan Kerja
          sepanjang tempoh perkhidmatan ini, kedua-dua pihak boleh menamatkan perkhidmatan melalui pembelian notus 3 bulan lebih awal. Sekali lagi, selamat datang dan kami berharap kehadiran anda akan memajukan organisasi ini.

Yang benar,


.......................................
(Nama)
(Jawatan)
(Nama Syarikat)

______________________________________________________________________________

Perakuan dan Penerimaan


Saya ________(nama)________ nombor kad pengenalan _________. Dengan ini menerima dan bersetuju dengan terma dandyarat yang termaktub dala perjanjian.


Tandatangan : .............................

Tarikh     : ...........................

Wednesday, 18 May 2016

CONTOH POLISI

Syarikat Maju Sdn Bhd komited untuk meningkatkan prestasi kerja bagi menjadikan syarikat sentiasa mengamalkan budaya yang kondusif dan berkualiti.

Bagi menjalankan pilisi ini, syarikat akan :-

1.    Sentiasa mematuhi dasar, prinsip dan peraturan kerja yang telah ditetapkan.
2.    Sentiasa menghayati nilai-nilai korporat yang ditetapkan iaitu menghargai masa, mengutamakan kualiti dan mengutamakan pelanggan.
3.    Sentiasa mengutamakan melalui layanan yang baik, mesra, cepat dan tepat.
4.    Sentiasa menilai dan melakukan pembetulan dan penambahbaikan ke atas tugas yang diberikan.
5.    Sentiasa mengutamakan kualiti dalam semua urusan yang dilakukan.
6.    Sentiasa mengutamakan pelanggan dari segi keselamatan, kesihatan dan keselesaaan.
7.    Sentiasa berfikiran terbuka dan positif semasa menerima perubahan dan idea-idea yang baharu.